FUNGSI

Merancang, menyelaras dan membangunkan skim perumahan Rancangan Perumahan Awam (RPA) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) untuk golongan rakyat yang berpendapatan rendah.

Memastikan projek-projek skim perumahan RPA/PPR yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman disiapkan dengan sempurna.

Mengenalpasti pemohon-pemohon skim perumahan RPA/PPR yang berkelayakan untuk ditawarkan.

Menyelenggara dan mentadbir skim perumahan RPA/PPR dengan baik untuk menjamin kemudahan dan kesempurnaan hidup semua penghuni.

Membuat kutipan setiap skim bagi bayaran sewa ansuran bulanan daripada penghuni-penghuni dengan sempurna dan teratur setiap bulan.

Mewujudkan sikap dan amalan yang baik seperti bersatupadu dan bertanggungjawab di kalangan penghuni-penghuni di skim perumahan RPA/PPR berkenaan.