Maklumat Am

Bahagian Perumahan adalah sebahagian daripada organisasi di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Ianya telah ditubuhkan pada tahun 1962 dan diletakkan di bawah pentadbiran Timbalan Setiausaha Kerajaan Pembangunan/Pengarah Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN).

Bahagian ini memainkan peranan penting dalam merancang, menyelaras dan membangunkan skim perumahan untuk golongan rakyat yang berpendapatan rendah ke arah mencapai kesejahteraan penduduk di Negeri Kedah Darul Aman.

Pihak kerajaan sentiasa berusaha agar pembangunan perumahan dapat dimanfaatkan oleh golongan rakyat terutama sekali golongan berpendapatan rendah supaya memiliki rumah sendiri dengan kehidupan yang lebih selesa.

Dalam melaksanakan usaha murni ini, Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman sentiasa dalam usaha untuk memperbaiki sistem penyampaian kepada pelanggan bagi meningkatkan keberkesanan dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh pihak Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.