Berkenaan perumahan

VISI

Menjadi peneraju kepada Pembangunan dan kawal selia Perumahan rakyat kea rah kehidupan yang Sejahtera.

 

MISI

Memperkasa Perumahan yang sistematik dan mampan bagi memenuhi tanggungjawab sosial untuk tingkatkan akses rumah untuk rakyat.

 

OBJEKTIF

Menyelaras Skim Perumahan Awam Sedia Ada Dengan Lebih Teratur Dan Mendidik Pelanggan Supaya Bertanggungjawab Memahami Sistem Permohonan, Penawaran Dan Penyelarasan Perumahan Awam Di Negeri Kedah Darul Aman.

 

FUNGSI

Merancang, menyelaras dan membangunkan skim perumahan Rancangan Perumahan Awam (RPA) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) untuk golongan rakyat yang berpendapatan rendah.

Memastikan projek-projek skim perumahan RPA/PPR yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman disiapkan dengan sempurna.

Mengenalpasti pemohon-pemohon skim perumahan RPA/PPR yang berkelayakan untuk ditawarkan.

Menyelenggara dan mentadbir skim perumahan RPA/PPR dengan baik untuk menjamin kemudahan dan kesempurnaan hidup semua penghuni.

Membuat kutipan setiap skim bagi bayaran sewa ansuran bulanan daripada penghuni-penghuni dengan sempurna dan teratur setiap bulan.

Mewujudkan sikap dan amalan yang baik seperti bersatupadu dan bertanggungjawab di kalangan penghuni-penghuni di skim perumahan RPA/PPR berkenaan.