PPR DIMILIKI
- Home
- PPR DIMILIKI
PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR DIMILIKI)
Program Perumahan Rakyat adalah satu program Kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. Jabatan Perumahan Negara dibawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan adalah agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia. PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki. Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR Dimiliki dan PPR Disewa akan menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2).
Kerajaan melaksanakan PPR Dimiliki ini bertujuan untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri. Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga bermula RM35,000 seunit.
Ciri-ciri PPR
Syarat-Syarat Permohonan